Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Valencia pecat Celades
  • SUKAN

Valencia pecat Celades

Utusan Sarawak 5 years ago
ALBERT Celades dipecat setelah berjaya di Valencia. – Foto AFP

VALENCIA semalam memecat jurulatih Albert Celades setelah rentak keputusan buruk dengan kekalahan oleh saingan tempatan La Liga Sepanyol, Villarreal pada hujung minggu.

Valencia hanya meraih empat mata dari 15 yang ditawarkan sejak liga dimulakan semula setelah ‘lockdown’ Covid-19, jatuh ke tangga kelapan dalam liga, lapan mata di bawah tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA.

“Valencia telah memberitahu Albert Celades mengenai pembebasan segera beliau,” kata satu kenyataan kelab.

Bekas jurulatih sementara Voro dipanggil semula sebagai pengganti sementara buat kali keenam.

Celades mengambil alih tugas di Mestalla September lalu setelah pemecatan mengejut bos sebelumnya, Marcelino, yang telah memimpin kelab itu menduduki tempat keempat dua kali berturut-turut.

Tetapi Celades gagal bertahan musim ini setelah kekalahan 2-0 Ahad lalu di Villarreal meninggalkan Valencia dengan hanya dua kemenangan daripada 13 perlawanan dalam semua pertandingan.

Valencia juga tersingkir daripada Liga Juara-Juara oleh Atalanta pada bulan Mac dengan agregat 8-4 di pusingan kedua. – AFP

Continue Reading

Previous: Watson kembali fokus kepada latihan
Next: Arthur, Pjanic sah bertukar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.