VALENCIA dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan saingan tempatan Levante 4-2 semalam sekali gus meningkatkan semangat yang amat dialu-alukan berikutan musim panas yang bergelora untuk kelab.
Manu Vallejo menjaringkan gol penentuan lewat dalam pesta gol di Mestalla setelah dua gol Jose Luis Morales untuk Levante dibatalkan oleh Gabriel Paulista dan Maxi Gomez yang sangat baik.
Kemenangan itu adalah yang pertama buat Javi Gracia sejak dilantik sebagai jurulatih Valencia pada Julai lalu dan membawa pasukan ke permulalan positif dalam La Liga walaupun terdapat ketegangan di luar padang.
Manuel Pellegrini turut menikmati permulaan yang berjaya dalam mengendali Real Betis setelah mereka menang 1-0 di Alaves. Bagaimanapunb, aksi pertama Unai Emery sebagai jurulatih Villarreal berakhir dengan keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Huesca yang baru dipromosikan ke La Liga.
Valencia berharap dapat mencabar pasukan seperti Villarreal untuk mendapat tempat dalam kedudukan empat teratas musim ini namun beberapa pemain utama mereka telah terjual dengan pemilik tidak popular Peter Lim bertekad bagi memperbaiki keadaan kewangan kelab.
Gracia pada Jumaat berkata dia merasa sedih kerana skuadnya telah ‘dilemahkan’ dengan satu tindakan yang berani kerana tidak sabar dengan lembaga pengarah dan jurulatih sebelum ini. – AFP