Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Utara Sarawak dibangunkan sektor tanaman padi berteknologi moden – Abang Johari
  • SEMASA

Utara Sarawak dibangunkan sektor tanaman padi berteknologi moden – Abang Johari

Utusan Sarawak 7 months ago

SELAMAT DATANG.. Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Miri disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini. Foto Jabatan Penerangan.

MIRI: Sarawak merancang menjadikan kawasan utara Limbang, Lawas dan Miri sebagai satu kawasan penanaman padi menggunakan teknologi moden.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam bajet baharu, Sarawak akan  memberikan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk membangunkan parit dan tali air.

“Sekarang kita menumpukan kepada tenaga hijau, keduanya bersama dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Datuk Seri Mohamad Sabu), kita nak ubahkan kawasan utara ini termasuklah Limbang, Lawas dan Miri sebagai satu kawasan penanaman padi yang menggunakan teknologi moden.

“Selain kawasan utara, Sarawak juga akan membangunkan kawasan selatan termasuk Kuching dan Samarahan. 

“Kalau ini dapat dijalankan, Insya-Allah keterjaminan makanan dan padi kita keluarkan dari Sarawak.

“Kita sasar pada 2030, Sarawak  hendak mengeluarkan  240,000 tan padi dan beras dari Sarawak, ” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Program MADANI Rakyat Sarawakku Sayang yang dirasmikan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Abang Johari berkata,  pembangunan  pertanian dan tenaga diperbaharui seperti hidro dan solar adalah supaya kerajaan negeri menerima pelaburan berimpak besar untuk Malaysia dari Sarawak.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Mpox: Pesakit sihat, stabil akan ditamatkan tempoh isolasi
Next: Sarawak bakal jadi ekonomi ‘gah’ rantau ini – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.