Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Utamakan proses pembangunan lebih pesat
  • TEMPATAN

Utamakan proses pembangunan lebih pesat

Utusan Sarawak 5 years ago
AKTIF… Datuk Francis Harden Hollis ketika memantau projek pembangunan di kawasannya sebelum menghadiri majlis perjumpaan Bersama Rakyat di Rumah Igai Janting, Jalan Paip di Simanggang baru-baru ini.

SIMANGGANG: Kepesatan proses pembangunan di sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diambil kira oleh rakyat, kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.

Kepesatan proses pembangunan itu secara tidak langsung menggambarkan usaha gigih dan kerajinan seseorang wakil rakyat, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang pada majlis perjumpaan Bersama Rakyat di Rumah Igai Janting, Jalan Paip di sini semalam.

“Adalah tidak munasabah untuk kita menyingkir seseorang wakil rakyat yang rajin dan menyumbang kepada kepesatan pembangunan di kawasan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 akan datang disebabkan mahu menukar pemimpin.

“Atas sebab itu saya menasihati rakyat supaya memikir sedalam-dalamnya tindakan mereka itu pada pilihan raya nanti kerana ia boleh menentukan hala tuju pembangunan kawasan mereka untuk tempoh lima tahun akan datang,” kata beliau.

Selain itu beliau juga menggesa tuai rumah atau ketua kampung supaya terus mencurah kesetiaan mereka kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kerajaan Sarawak membayar gaji kepada semua ketua kaum untuk memudahkan mereka berkhidmat kepada rakyat.

“Justeru saya berharap agar ketua kaum di sini rajin bekerja untuk rakyat di samping melapor kepada kita jika terdapat masalah pembangunan di penempatan mereka,” kata beliau.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Sg. Asap: Paip HDPE ganti paip lama
Next: Perketat kawalan sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.