Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha semua pihak sumbang pertambahan murid
  • WILAYAH

Usaha semua pihak sumbang pertambahan murid

Utusan Sarawak 11 months ago
TERIMA KASIH… ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menyerahkan angpau kepada warga emas. 

BINTANGOR: Usaha berterusan semua pihak termasuk para guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan peranan ibu bapa menjadi penyumbang utama pertambahan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Chiang. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, beliau yakin dengan pembinaan banyak perumahan di kawasan tersebut, akan berlaku pertambahan murid di SJKC Ming Chiang. 

“Saya yakin SJKC Ming Chiang dari tahun ke tahun akan datang, semakin ramai murid belajar di sekolah ini. 

“Selain itu, perkhidmatan guru juga mungkin akan bertambah dari masa ke masa,” katanya. 

Koung Hiing berkata demikian ketika berucap di majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Guru dan Pesta Perahu Naga SJKC Ming Chiang, semalam. 

Dalam pada itu, katanya, para murid harus bersyukur dan menghargai jasa setiap guru. 

“Guru-guru sentiasa memberi pengajaran pendidikan dalam bidang akademik dan kokurikulum. 

“Para murid harus bersyukur dan menghargai jasa guru-guru yang sentiasa berusaha mendidik mereka,” katanya. 

Beliau turut menyumbang geran khas DUN Meradong sebanyak RM3,000 kepada SJKC Ming Chiang. 

Turut hadir ialah Timbalan PPD Daerah Meradong, Timot Usop, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Ming Chiang, Ling Nai Shian, Timbalan Pengerusi YDP PIBG SJKC Ming Chiang, Yong Lee Ling dan Kapitan Ling Nie Hoe. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Pendidikan ubah masa depan generasi muda
Next: Lyechea Charlie Kumang Gawai Dayak Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.