Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha berterusan bantu pembangunan komuniti, pendidikan, keagamaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Usaha berterusan bantu pembangunan komuniti, pendidikan, keagamaan

Utusan Sarawak 2 months ago
DANA MRP… Ir. Yusuf Abd Wahab menyerahkan dana MRP kepada penerima. Foto FB Parlimen P.206 Tanjong Manis

PULAU BRUIT: Sejumlah keseluruhan RM5,000 dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan kepada beberapa kelab dan persatuan di Kampung Bruit dalam majlis berbuka puasa dan tahlil perdana yang berlangsung di Masjid Al Qudwah, semalam.

Hadir bagi menyerahkan MRP ialah Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab.

Ia merupakan antara usaha berterusan membantu pembangunan komuniti serta institusi pendidikan dan keagamaan di kawasan itu.

Penerima dana MRP tersebut adalah Kelab Kebudayaan Kampung Bruit, guru-guru KAFA Sekolah Kebangsaan (SK) Bruit, Tabika Sedidik Bruit serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al Qudwah.

Majlis turut dihadiri Pemanca Daerah Daro, Bujang Razeli; Penghulu Wahab Gelugo; Ketua Kampung Mahdi Morshidi serta barisan jawatankuasa masjid.

Selesai majlis berbuka puasa dan penyerahan dana MRP, Yusuf bersama penduduk kampung menunaikan solat Isyak dan solat tarawih secara berjemaah di masjid tersebut.

Program seumpama ini dilihat bukan sahaja mengimarahkan masjid, malah memperkukuhkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat di akar umbi.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantuan mangsa banjir boleh disalurkan melalui JKM Bahagian Sibu
Next: Tiga kawasan rendah berisiko banjir dipantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.