KUCHING: Setiausaha Pemuda SUPP Milton Foo berkata bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen telah gagal di dalam tugasnya untuk mengelakkan kenaikan harga barang semasa pentadbiran Pakatan Harapan.
Sebelum ini Foo cuba menyuruh Chong untuk menyenaraikan barangan yang dikatakan harganya telah turun sebanyak 70 peratus, namun Chong gagal berbuat demikian.
Foo berkata baru-baru ini satu kenyataan bersama oleh bekas Menteri KPDNHEP dan Chong meminta Kerajaan Perikatan Nasional supaya mengikut polisi kawalan harga kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini serta menuduh kerajaan sekarang kerana lambat untuk bertindak dan gagal untuk mengawal kenaikan harga barangan adalah tidak logik sama sekali
“Saya ingin menyatakan di sini bahawa semasa tempoh Chong menjadi Timbalan Menteri, beliau pernah menjawab kepada soalan Datuk Alexander Nanta (PBB-Kapit) di Dewan Rakyat bahawa 70 peratus atau 291 harga barangan daripada 417 isi rumah yang dibuat kajian telah diturunkan harga.
“Berikutan dengan itu, saya meminta pernah Chong untuk mendedahkan senarai harga barangan yang telah diturunkan tetapi Chong sebaliknya memberi senarai barangan murah dan saya mendapati bahawa harga ini tidak sesuai dan berbeza dengan senarai yang dikeluarkan oleh para peniaga.
“Jadi, saya ingin bertanya kepada Chong supaya melihat kepada apa yang beliau tidak pernah buat dan bukannya menuding jari kepada orang lain.
“Sama ada Chong telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Menteri sebelum ini adalah jelas sekali dan orang ramai tahu kerana fakta itu tidak dapat dinafikan,” kata Foo.