Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UPMKB terima kunjungan hormat daripada UMK
  • Utara
  • WILAYAH

UPMKB terima kunjungan hormat daripada UMK

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DELEGASI Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, UMK bersama warga Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB merakam gambar kenangan semasa kunjungan hormat di kampus tersebut.

BINTULU: Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini menerima kunjungan hormat daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Menurut kenyataan daripada UPMKB, kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh jaringan strategik serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai peluang kolaborasi melibatkan reka bentuk kurikulum, inovasi pengajaran, serta inisiatif berkaitan kelestarian, pendigitalan dan pembangunan mikro-kredensial.

Perbincangan turut mencadangkan penganjuran bersama seminar dan bengkel, selain potensi pelaksanaan program akademik rentas universiti bagi memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara.

Ujar kenyataan itu, lawatan sedemikian diharap menjadi pemangkin kepada kerjasama yang mampan dan berimpak tinggi antara UPMKB dan UMK pada masa akan datang.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RTP, BDDA kenal pasti keperluan penduduk DUN Kalaka
Next: Peserta Bintulu Cops Run 2025 diminta ambil kit larian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.