Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Upacara naik bendera Ibu Pertiwi diseri dengan tarian ethik 
  • TEMPATAN

Upacara naik bendera Ibu Pertiwi diseri dengan tarian ethik 

Utusan Sarawak 6 months ago

Persembahan khas tarian ethik Kedayan, Lun Bawang, Bisaya dan Tagal. 

PETRA JAYA: Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi pada setiap bulan  adalah sebagai tanda menzahirkan rasa hormat terhadap lambang kedaulatan negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, upacara itu merupakan usaha Sarawak dalam mendedahkan semangat perpaduan dan keharmonian di Bumi Kenyalang.

“Ia juga secara tidak langsung mendedahkan kepelbagaian daripada aspek budaya dan kaum yang terdapat di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi di sini, hari ini.

Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi bermula seawal jam 8 pagi tadi, diiringi lagu Ibu Pertiwiku’ yang dimainkan oleh pasukan pancaragam Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Sementara itu, Awang Tengah berkata pada bulan ini upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi turut diserikan dengan persembahan khas tarian ethik Kedayan, Lun Bawang, Bisaya dan Tagal. 

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Isu alam sekitar mampan penting untuk Sarawak 
Next: Khidmat untuk rakyat tidak boleh hanya melalui ‘bilik hawa dingin’ – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.