Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • United terus ‘merundum’
  • SUKAN

United terus ‘merundum’

Utusan Sarawak 8 months ago
DOMINIC Solanke berjaya meledakkan jaringan ketiga Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semasa menentang Manchester United di di Old Trafford awal pagi tadi.FotoAFP

LONDON: Prestasi anak buah Erik Ten Hag terus ‘merundum’ apabila diaibkan di lubuk sendiri, Old Trafford selepas tewas besar 3-0 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Brennan Johnson, Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke berjaya menjaringkan gol  sekali gus memberikan skuad kendalian Ange Postecoglou melonjak ke tangga kelapan dengan 10 mata selepas enam perlawanan.

Sementara United, yang menyaksikan kaptennya, Bruno Fernandes dibuang padang pada minit ke-42 kerana mengasari James Maddison, di tangga ke-12 dengan tujuh mata.

“Saya rasa ia persembahan yang luar biasa. Kami bermula baik, menjaringkan gol hebat dan sepatutnya mendapat dua atau tiga lagi. Tekanan terus diberi kepada mereka sehingga mereka mendapat kad merah.

“Selepas itu saya rasa kami mengawal permainan dengan baik. Persembahan yang cukup mengagumkan daripada pemain-pemain,” kata Postecoglou

Tottenham membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi pemain pertahanannya, Micke van de Ven membawa bola jauh ke atas sebelum membuat hantaran kepada Johnson bagi meledak gol keempatnya dalam empat perlawanan.

“Sebelas lawan 11, atau 11 lawan 10, kami tetap menguasai permainan. Kami mempunyai perancangan yang teliti dan melakukan apa yang kami mahukan,” kata Johnson.

Tottenham menambah jaringan pada minit ke-47 apabila Lisandro Martinez terjatuh di tengah padang. Johnson memecut laju dan hantarannya disempurnakan oleh Kulusevski.

Jaringan Solanke pada minit ke-77 menyebabkan sebahagian penyokong tuan rumah mula meninggalkan stadium.

Penyokong Spurs mengejek tindakan penyokong tuan rumah itu dengan menyanyikan: “Ada latihan kebakaran ke?”

“Kami sedikit bergelut. Kami cuba bangkit, tetapi terlalu terburu-buru. Kami membuat kesilapan dan dihukum. Kad merah menjadikannya lebih buruk,” kata Fernandes.

Penjaga gol United, Onana harus diberi kredit kerana telah menafikan beberapa peluang untuk pasukan pelawat menambah jaringan manakala United hanya mempunyai dua percubaan tepat ke arah gawang Spurs sepanjang perlawanan. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Onana selamatkan United daripada lebih teruk dibelasah Spurs
Next: Pogacar di puncak dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.