Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UNIFOR bantu dua gereja dalam kawasan Puncak Borneo
  • Selatan
  • WILAYAH

UNIFOR bantu dua gereja dalam kawasan Puncak Borneo

Utusan Sarawak 5 months ago
DATUK Dr. Jerip Susil menyerahkan replika cek UNIFOR kepada salah seorang wakil penerima mewakili dua gereja dalam kawasan Puncak Borneo pada majlis perayaan Pra Krismas Pejabat Daerah Kecil Padawan bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) 2024, kelmarin.

PADAWAN: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) membantu dua gereja dalam kawasan Puncak Borneo sebagai sokongan kepada pembangunan rumah ibadat di kawasan itu.

Menyaksikan penyerahan dua cek UNIFOR bernilai RM425,000 ialah Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara & Jalan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil.

“Gereja St. Augustine Mambong RM125,000 dan Gereja St. Gile, Git RM300,000,” katanya berucap pada majlis perayaan Pra Krismas Pejabat Daerah Kecil Padawan bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) 2024 di sini, kelmarin.

Pada majlis sama, Jerip Susil menekankan peranan strategik KMKK sebagai pemacu pembangunan di peringkat akar umbi.

“KMKK sebagai ‘jambatan utama’ antara kerajaan dan rakyat yang bertanggungjawab memastikan dasar serta inisiatif kerajaan sampai kepada komuniti dengan berkesan.

“KMKK perlu menguasai kemahiran pentadbiran melalui latihan khusus, selain memahami insentif kerajaan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Datu Ik Pahon Joyik.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mark Rumbu ditemukan selamat
Next: Lagi tiga perkampungan Melayu di Debak dilanda banjir kilat  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.