Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • UNESCO berjanji lindungi bangunan bersejarah
  • GLOBAL

UNESCO berjanji lindungi bangunan bersejarah

Utusan Sarawak 5 years ago
MUSNAH… Dua wanita berdiri di hadapan bangunan yang rosak teruk susulan letupan di pelabuhan Beirut, yang menurut UNESCO turut merosakkan 60 bangunan bersejarah. • Foto AFP

PARIS: Agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNESCO hari ini berikrar mengetuai usaha melindungi warisan berharga di Lubnan, selepas tragedi letupan di pelabuhan Beirut menjejaskan 60 bangunan bersejarah.

Kesan letupan itu dirasai di setiap pelusuk ibu negara Lubnan, namun antara kawasan paling teruk terjejas adalah kejiranan Gemmayzeh dan Mar – Mikhael, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Pengarah Kebudayaan UNESCO, Ernesto Ottone, berkata kedua-dua kawasan itu adalah penempatan kepada sejumlah besar bangunan bersejarah.

“Masyarakat antarabangsa memberikan isyarat yang jelas bagi menyatakan sokongan terhadap Lebanon susulan tragedi.

“UNESCO komited untuk mengetuai kerja dalam aspek kebudayaan, yang mencakupi pembinaan semula dan pemulihan,” katanya.

Ketua Antikuiti di Kementerian Kebudayaan Lebanon, Sarkis Khoury, pada satu mesyuarat dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 8,000 bangunan terjejas akibat letupan berkenaan.

UNESCO, dalam satu kenyataan, berkata antaranya adalah 640 bangunan bersejarah, dengan hampir 60 berdepan risiko akan runtuh.

“Khoury turut bercakap mengenai kesan letupan terhadap beberapa muzium utama, seperti Muzium Nasional Beirut, Muzium Sursock dan Muzium Arkeologi Universiti Amerika, selain beberapa tapak kebudayaan, keagamaan dan galeri, ” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Israel, UAE sepakat pulihkan hubungan
Next: Covid-19 ragut 769,009 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.