Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Umat Islam Thailand, Kemboja, Singapura turut sambut Aidilfitri esok
  • GLOBAL

Umat Islam Thailand, Kemboja, Singapura turut sambut Aidilfitri esok

Utusan Sarawak 1 month ago

Sama seperti di Malaysia, umat Islam di Singapura, turut menyambut Aidilfitri esok. Foto fail

SINGAPURA: Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan bahawa umat Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (31 Mac).

Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman sosial Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Ahad.

“Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kiraan imkanur rukyah yang dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura) anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 48 minit setelah matahari terbenam petang tadi.

“Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Syawal pada tahun 1446H jatuh pada esok, hari Isnin bersamaan 31 Mac 2025,” katanya.  

Beliau turut berharap umat Islam dianugerahkan keberkatan dan kemenangan hasil dari segala amal ibadah dan kebajikan yang telah diusahakan mereka sepanjang Ramadan lalu.

Sementara itu, umat Islam di Thailand juga akan menyambut Aidilfitri pada Isnin.

Sheikhul Islam Thailand, Arun Boonchom mengisytiharkan tarikh itu menerusi siaran langsung di televisyen, radio dan media sosial pada Ahad.

Di Kemboja, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam negara itu turut mengumumkan bahawa umat Islam di sana akan meraikan Aidilfitri pada 31 Mac.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh pengerusi majlis merangkap Mufti Besar Kemboja, Kamaruddin Yusof, dengan kira-kira 300,000 umat Islam dijangka menyambut perayaan istimewa itu.

— BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Umat Islam di Singapura sambut Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac- Mufti Singapura
Next: Gempa bumi 7.3 skala richter landa kepulauan Tonga 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.