Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular tewas dalam tempoh lebih kurang 14 minit
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular tewas dalam tempoh lebih kurang 14 minit

Utusan Sarawak 3 months ago
ANGGOTA bomba menangkap ular tedung menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Pihak bomba berjaya menangkap seekor ular tedung di Lorong 13, Taman Bintang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 8.57 pagi.

“Dua orang anggota bomba bergegas ke lokasi untuk bantuan menangkap ular.

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular tedung berada di kawasan rumah jiran pengadu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ular tedung ditangkap menggunakan alat penjerut ular.

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 14 minit.

“Operasi menangkap ular tedung selesai sepenuhnya pada 9.16 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak sendiri jika berdepan dengan situasi melibatkan haiwan berbisa.

“Hubungi pihak kami dengan segera untuk bantuan menangkap haiwan berbisa seperti ular tedung dan sebagainya,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Stadium Terbuka Song dinaik taraf
Next: Lebih 50 warga UTS sertai program ‘Aram Beserakup’ di Rumah Achan Rangkong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.