Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa tersangkut jaring pukat berjaya ditangkap
  • Utara
  • WILAYAH

Ular sawa tersangkut jaring pukat berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 2 months ago

PASUKAN APM Tatau berusaha mengeluarkan seekor ular sawa sepanjang 1.2 meter tersangkut pada pukat di Rumah Chaong, Kuala Serupai, Tatau, pagi tadi. Foto APM Tatau

TATAU: Seorang indvidu dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang 1.2 meter yang tersangkut pada pukatnya dalam satu kejadian di Rumah Chaong, Kuala Serupai di sini, pagi tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tatau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.24 pagi sebelum mengerahkan Skuad Alpha dengan tiga anggota ke lokasi kejadian.

Tiba di lokasi, pasukan APM segera memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum menggunakan teknik menyepit untuk menangkap reptilia tersebut.

Ular sawa itu berjaya ditangkap dalam beberapa minit kemudian tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Penduduk Daerah Tatau dinasihatkan agar tidak bertindak sendiri jika berdepan dengan situasi berbahaya seperti itu.

Sebaliknya, segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline APM Tatau di 019-217 8758 untuk mendapatkan bantuan profesional.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPBD Sebauh isytihar pembukaan PPS di Gereja St. Bernard
Next: Terpaksa guna bot alih keranda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.