Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ular sawa dalam reban ayam ditangkap
  • TEMPATAN

Ular sawa dalam reban ayam ditangkap

Utusan Sarawak 5 years ago

BINTANGOR: Bunyi riuh rendah ayam dalam reban membawa kepada penemuan seekor ular sawa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik ayam berkenaan pada jam 4.15 pagi semalam.

“Pemilik ayam menghubungi bomba untuk bantuan khas menangkap ular sawa tersebut.

“Kejadian berlaku di salah sebuah reban ayam di Jalan Chung, Sungai Tulai, awal pagi  semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, setibanya pasukan bomba di lokasi sekitar jam 4.46 pagi, ular sawa masih berada di reban ayam terbabit.

“Anggota bomba menangkap ular sawa tersebut mengunakan alat penjerut ular.

“Selepas ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat asal di dalam hutan sebelum anggota bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Lori langgar tiang telekomunikasi
Next: Setengah ekar belukar musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.