Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa batik ceroboh rumah berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa batik ceroboh rumah berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 1 month ago
ULAR SAWA ditemui dalam rumah di Kampung Muhibah, baru-baru ini. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seekor ular sawa batik berjaya ditangkap selepas menceroboh sebuah rumah di Kampung Muhibah.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menerima panggilan kecemasan pada 9.19 malam sebelum tiga anggota bomba bergegas ke lokasi.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, operasi bermula 9.23 malam dan diketuai oleh Bahani Bajuri.

“Pasukan bomba menggunakan alat penjerut bagi menangkap ular sawa tersebut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 9.46 malam tanpa sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya kepada media, baru-baru ini.

Ular sawa atau ‘Python reticulatus’ ialah spesies ular tidak berbisa yang mampu membelit dan menumpaskan mangsanya.

Ia juga merupakan ular terpanjang di dunia, boleh membesar lebih tujuh meter di habitat asal Asia Tenggara.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM2 juta bagi pembangunan Kampung Seberang Lubok Nibong
Next: Ramah Tamah Aidilfitri 2025 himpunkan komuniti setempat, eratkan silaturahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.