Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa batik 4.5 meter ‘lepak’ tepi rumah burung berjaya ditangkap APM
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa batik 4.5 meter ‘lepak’ tepi rumah burung berjaya ditangkap APM

Utusan Sarawak 2 hours ago
ANGGOTA APM Debak berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang sekitar 4.5 meter yang ditemui berhampiran sebuah rumah burung di Kampung Debak Laut, malam tadi. Foto: APM Debak

DEBAK: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Betong berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang sekitar 4.5 meter yang ditemui berhampiran sebuah rumah burung di Kampung Debak Laut, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten Mohammad Noor Ini berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 7.58 malam memaklumkan mengenai kehadiran reptilia tersebut di kawasan berkenaan dan meminta bantuan untuk menangkapnya.

ANGGOTA APM Debak berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang sekitar 4.5 meter yang ditemui berhampiran sebuah rumah burung di Kampung Debak Laut, malam tadi. Foto: APM Debak

Menurut beliau, sepasukan empat anggota APM Debak bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sekitar empat kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sejurus menerima laporan.

“Sebaik tiba di lokasi pada 8.06 malam, anggota bertugas terus membuat persiapan peralatan dan menjalankan pencarian berdasarkan maklumat yang diberikan pengadu.

“Hasil operasi, seekor ular sawa batik sepanjang 4.5 meter berjaya ditemui dan ditangkap menggunakan teknik menyepit serta menjerut yang dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tersebut melibatkan penggunaan beberapa peralatan keselamatan termasuk topi keledar, sarung tangan, penjerut ular dan penyepit ular.

Beliau berkata, operasi berjaya diselesaikan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini sebelum anggota bertugas kembali ke PKOD pada 8.22 malam.

APM turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri apabila terserempak dengan haiwan liar yang berbahaya, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pendawaian baharu tingkat keselamatan Tabika Perpaduan Permyjaya
Next: Ngabang Gawai perkukuh perpaduan, Gira santuni rakyat empat hari berturut-turut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.