Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa albino terlepas sangkar diserahkan kepada SFC
  • Utara
  • WILAYAH

Ular sawa albino terlepas sangkar diserahkan kepada SFC

Utusan Sarawak 4 months ago

MIRI: Seekor ular sawa albino sepanjang tiga meter dengan berat 30 kilogram  berjaya ditangkap oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong di Taman Greenville, Desa Senadin di sini, malam tadi.

Ketua Balai BBP Lutong Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan 8.29 malam daripada orang awam yang meminta bantuan menangkap haiwan peliharaan tersebut yang terlepas dari sangkar.

Katanya, sepasukan empat anggota telah bergerak ke lokasi.

“Anggota operasi berjaya menangkap ular itu menggunakan alat penjerut ular,” katanya dihubungi di sini.

Henry berkata, anggota BBP Lutong telah mengambil ular tersebut daripada pemiliknya pagi ini dan seterusnya diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya berukuran 1.6 meter berjaya ditangkap 
Next: Lebih 2,000 penduduk bakal nikmati projek jalan URDA – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.