Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa 1.5 meter ‘pecah masuk’ reban ayam ditangkap APM
  • Selatan
  • WILAYAH

Ular sawa 1.5 meter ‘pecah masuk’ reban ayam ditangkap APM

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEHADIRAN seekor ular sawa batik sepanjang 1.5 merer di dalam sebuah reban ayam di Kampung Tengah, Sri Aman mengejutkan seorang penduduk, dalam kejadian awal pagi tadi. Foto APM Sri Aman

SIMANGGANG: Tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman berjaya menangkap seekor ular sawa batik yang ditemui berada di dalam sebuah reban ayam di Kampung Tengah, Sri Aman, awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung yang memaklumkan mengenai kehadiran reptilia tersebut di kawasan reban ayam miliknya.

Menurut beliau, sejurus menerima aduan itu, sepasukan anggota APM Sri Aman telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira 1.5 meter itu berada di dalam reban ayam tersebut dan berpotensi mengancam keselamatan ternakan serta penduduk sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi menangkap ular berjaya dilaksanakan menggunakan teknik menjerut yang selamat dan terkawal oleh anggota bertugas.

Katanya lagi, reptilia itu berjaya ditangkap tanpa sebarang insiden yang tidak diingini sebelum dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai.

Leftenan Kamal turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap kehadiran haiwan berbisa atau hidupan liar, terutama di kawasan kediaman dan persekitaran kampung.

“Orang awam disaran supaya tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh membahayakan keselamatan, sebaliknya segera menghubungi talian kecemasan atau pihak berkuasa berkaitan untuk mendapatkan bantuan,” ujarnya.

APM Sri Aman tambahnya, komited untuk terus memberikan perkhidmatan bantuan kecemasan kepada masyarakat serta memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Letusan gas di tapak NCH Seksyen 2 Kuala Lawas terus dipantau
Next: Gas metana dikesan di tapak pembinaan NCH di Kuala Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.