SPAOH, 7 November: Seorang penduduk Kampung Bungin berdepan detik mencemaskan apabila seekor ular sawa sepanjang 1.2 meter ditemui berlingkar pada di atas pintu rumahnya dal kejadian kira-kira 11.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, kebimbangan itu berakhir apabila tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh berjaya menangkap reptilia berkenaan tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Menurut APM Daerah Spaoh, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita dikenali sebagai Puan Malisa yang memaklumkan mengenai kehadiran ular tersebut di kediamannya.
Susulan laporan itu, dua anggota Skuad Alpha APM Spaoh segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap ular (KMU).
Setibanya di lokasi, anggota mendapati ular sawa berkenaan sedang berlingkar pada bahagian paip wajar di atas pintu rumah sekali gus memerlukan tindakan berhati-hati bagi memastikan keselamatan penghuni.
Berbekalkan kemahiran dan peralatan bersesuaian, anggota APM berjaya menangkap ular berkenaan menggunakan teknik menyepit.
Ular sawa itu kemudian dimasukkan ke dalam kotak khas sebelum dibawa ke PKOD APM Spaoh untuk tindakan lanjut dan dilepaskan semula ke habitat asal yang selamat.
Dalam pada itu, APM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap kehadiran haiwan liar di kawasan kediaman dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mengundang risiko kecederaan.
Orang ramai yang berdepan situasi kecemasan boleh menghubungi PKOD APM Spaoh menerusi talian 083-473006 atau talian kecemasan 999.
Oleh Adi Safarman





