Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular merayap di besi tirai
  • WILAYAH

Ular merayap di besi tirai

Utusan Sarawak 2 months ago
OPERASI… Pasukan APM Tatau menangkap ular lidi hijau di sebuah kediaman di Kampung Baru, Tatau pagi tadi.
– Foto kredit APM Tatau

TATAU: Penghuni rumah terkejut dengan kehadiran seekor ular yang melilit pada besi penyangkut tirai di kediamannya di Kampung Baru, pagi tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tatau, Pusat Kawalan Operasi Unit Tatau menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada jam 9.12 pagi sebelum mengerahkan Skuad Alpha dengan tiga anggota ke lokasi.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan APM mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan menggunakan teknik menyepit untuk menangkap reptilia tersebut.

Dalam tempoh beberapa minit, ular jenis lidi hijau berjaya ditangkap tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Penduduk Daerah Tatau dinasihatkan agar segera menghubungi talian kecemasan 999 atau hotline APM Tatau di 019-217 8758 sekiranya menghadapi sebarang kecemasan.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Beri peluang masyarakat suarakan masalah
Next: Perkukuh semangat perpaduan, amalan kongsi rezeki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.