Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • UK umum pakej rangsangan tambahan
  • GLOBAL

UK umum pakej rangsangan tambahan

Utusan Sarawak 5 years ago
RISHI Sunak menyampaikan laporan ekonomi musim panas dalam kenyataan kepada Parlimen UK, di London.• Foto AFP

UNITED KINGDOM: Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan pakej rangsangan tambahan bernilai £30 bilion bagi meningkatkan lagi pertumbuhan negara berkenaan dan mengurangkan kadar pengangguran susulan Covid-19.

Pakej berkenaan termasuk pelbagai insentif untuk perniagaan mengekalkan dan mengambil pekerja baru yang turut melibatkan dana untuk latihan dan projek alam sekitar.

Syarikat juga akan diberikan insentif £1,000 pound untuk setiap pekerja yang diambil bekerja semula manakala pekerja baharu akan dibayar selama 6 bulan dengan peruntukkan £2 bilion pound.

Pakej rangsangan akan turut membantu sektor pelancongan dan hospitaliti yang teruk terjejas.

Menurut Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak pakej rangsangan tersebut turut melibatkan pemotongan cukai bersasar dan program diskaun untuk makan di restoran untuk galakkan orang ramai makan di restoran daripada Isnin ke Rabu dengan diskaun maksimum £10 seorang.

“Kami telah mengambil tindakan untuk melindungi ekonomi, tetapi rakyat khuatir dengan risiko kehilangan pekerjaan dengan kadar pengangguran yang meningkat.

“Kami tidak akan membiarkan perkara ini dan akan melakukan semua yang kami mampu untuk memberi peluang pekerjaan kerja jadi hari ini kita bertindak dengan rancangan untuk menyelamatkan sektor pekerjaan,” katanya.

Kadar pengangguran UK kini dilaporkan pada tahap 3.9% namun Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat kepada 15% dalam gelombang kedua jangkitan Covid-19. 

UK sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan pada Mac lalu bernilai £330 bilion bagi menopang ekonomi yang kucar kacir akibat Covid-19.-AFP

Continue Reading

Previous: Arab Saudi rasmi hospital unta terbesar
Next: Fosil ikan gergasi ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.