Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • UK kembali kenakan sekatan di Leicester
  • GLOBAL

UK kembali kenakan sekatan di Leicester

Utusan Sarawak 5 years ago

A girl watches a family member administer a self-test at a station set up for the testing for the novel coronavirus COVID-19, in Spinney Hill Park in Leicester, central England, on June 30, 2020. - Britain on Monday reimposed lockdown measures on a city hit by an outbreak of coronavirus, in the first big test of Prime Minister Boris Johnson's "whack-a-mole" strategy to control the disease while getting the economy moving again. (Photo by JUSTIN TALLIS / AFP)

SEORANG budak perempuan hanya melihat ibunya menja- lani sendiri ujian pengesanan untuk Covid-19 di stesen yang telah disediakan di taman Spinney Hill di Leicester, England baru-baru ini. • Foto AFP

LONDON: United Kingdom (UK) pada Isnin melaksanakan kembali perintah ‘lockdown’ di Leicester yang terkesan teruk dengan pandemik Covid-19.

Ia dugaan besar Perdana Menteri Boris Johnson dalam melaksanakan strategi pengawalan jangkitan dinamakan ‘whack-a-mole’, ketika negara itu mula membuka sektor ekonominya.

Susulan itu, pihak berkuasa mengarahkan pembukaan sesi persekolahan ditunda dan premis bukan berkeperluan di Leicester, ditutup.

UK antara negara paling terjejas teruk akibat wabak di Eropah dengan lebih 43,000 kematian tetapi Johnson bulan lalu mula melonggarkan arahan perintah berkurung yang dilaksanakan sejak penghujung Mac lalu.

Di tengah-tengah situasi masih belum reda, beliau membuat keputusan terlampau pantas dengan berjanji membendung wabak tempatan umpama permainan ‘whack-a-mole’.

Strategi itu merujuk kepada permainan mengetuk patung permainan kembali ke dalam lubang, yang lazimnya didapati di arked permainan atau pusat hiburan keluarga.

Hospital dan kilang yang dilanda wabak itu ditutup tetapi langkah kawalan di Leicester yang memiliki populasi 340,000 itu adalah tindakan pertama untuk memulihkan perintah ‘lockdown’ dalam skala besar. – AFP

Continue Reading

Previous: Tahanan pertama di bawah undang-undang baharu
Next: 19 maut, letupan tangki oksigen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.