Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ugut bunuh bapa dengan parang, lelaki dipenjara enam bulan
  • JENAYAH

Ugut bunuh bapa dengan parang, lelaki dipenjara enam bulan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DIPENJARA…Lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Sarikei hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan ugutan jenayah dan khianat terhadap bapa kandungnya.

DARO: Seorang lelaki berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Sarikei hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan ugutan jenayah dan khianat terhadap bapa kandungnya.

Terdahulu, tertuduh ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro pada 29 Mei lalu kerana disyaki terlibat dalam kejadian ugutan jenayah dan khianat di Kampung Tengah, Daro.

Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Rahim Mihos berkata, semasa kejadian suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk telah mengamuk serta mengugut untuk membunuh mangsa sebelum bertindak merosakkan pintu rumah yang didiami mangsa bersama ahli keluarganya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek turut menggunakan sebilah parang ketika mengugut mangsa yang juga bapa kandungnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Sarawak untuk tindakan lanjut.

Pada 5 Jun, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sarikei dan mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dikenakan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bermula dari tarikh hukuman dan tertuduh kini menjalani hukuman di Penjara Sibu.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki rugi RM230 akibat ugutan sebar gambar peribadi
Next: Cubaan seludup dadah di Nigeria: Polis siasat dakwaan anak perangkap ibuĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.