Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Udang karang, peluang niaga menguntungkan
  • BISNES

Udang karang, peluang niaga menguntungkan

Utusan Sarawak 4 years ago
TINJAUAN… Datuk Amar Douglas Uggah menunjukkan beberapa ekor udang karang di dalam jaring semasa mengadakan lawatan ke syarikat pembiakan udang karang Tian Yen Enterprise di Tarat, semalam.

SERIAN: Penghasilan komersial udang karang membuka banyak peluang kepada para usahawan di negara ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ini kerana udang karang mendapat permintaan yang tinggi di dalam dan luar negara.

“Saya berharap para usahawan di Sarawak turut berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini dan mereka juga boleh belajar dari syarikat yang mengendalikan perniagaan dalam bidang ini.

“Pembiakan udang karang merupakan aktiviti ekonomi yang penuh dengan potensi,” katanya, selepas melawat projek pembiakan udang karang Tian Yen Enterprise di Tarat di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan syarikat Tian Yen Enterprise, Tom Pooh Siang Sung memberitahu syarikatnya merancang untuk menjinakkan diri ke dalam pasaran eksport di Singapura, Jepun, China dan Cambodia.

“Untuk pasaran tempatan, kami kami berusaha untuk mulai menghasilkan pada bulan Disember ini dan kami bergerak secara berperingkat dalam pengembangan pasaran kami.

“Pengeluaran udang karang memerlukan waktu, lima hingga enam bulan, untuk menghasilkan ukuran yang dapat dipasarkan,” jelasnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Malaysia amat perlukan penyelesaian berasaskan perdagangan
Next: Menangi hadiah, langgan e-Bill Sarawak Energy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.