Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ubah ekosistem teknologi digital untuk tampan impak Covid-19
  • NASIONAL

Ubah ekosistem teknologi digital untuk tampan impak Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 6 Okt -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi ucapan perasmian melalui aplikasi 'Skype' sempena Majlis Forum Digitalisasi Malaysia 2020 di sebuah hotel hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, Oct 6 -- Minister of Science, Technology and Innovation Khairy Jamaluddin Abu Bakar delivering his opening speech via a Skype call in conjunction with the Malaysia Digitalization Forum 2020 Council at a hotel today.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi ucapan perasmian melalui aplikasi ‘Skype’ sempena Majlis Forum Digitalisasi Malaysia 2020 di sebuah hotel semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengubah ekosistem penggunaan teknologi digitalnya bagi menampan impak Covid, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini kerana pandemik itu memaksa perniagaan mengubah semula operasi harian mereka daripada kaedah tradisional kepada pendekatan digital dan pusatan pengguna.

Bagaimanapun katanya, memandangkan penggunaan teknologi di negara ini dipacu vendor, Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara tetangga dari segi penggunaan teknologi baharu.

“Kementerian berbeza memperoleh perkara berlainan tanpa sebarang rangka tindak utama untuk ekosistem teknologi Malaysia.

“Pada 2015, terdapat 81 dasar nasional yang mana 56 adalah berkaitan sains, teknologi dan inovasi dengan 458 agensi menggalakkan atau melaksanakan dasar berkenaan. Bayangkan, ada 458 agensi untuk tujuan itu,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Pendigitalan Malaysia menerusi telesidang Zoom, di sini semalam.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan Malaysia berdepan masalah serius dari segi penggunaan digital dan teknologi seperti yang ditunjukkan oleh Digital Adoption Indeks yang mana Malaysia berada di tangga ke-40 daripada 180 negara.

Sehubungan itu, Khairy berkata kerajaan bertekad untuk memacu pembangunan ekonomi digital bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, ekonomi digital yang maju, seiring dengan aspirasi Industri 4.0, akan menarik pelabur serta menggalakkan pembangunan modal insan.
“Dari segi jangka pendek, menerusi mandatnya untuk mempromosikan ekonomi digital, kerajaan melaksanakan langkah-langkah ke arah mempromosikan transaksi digital.

“Program kredit e-Penjana iaitu antara inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang bertujuan merangsang perbelanjaan pengguna, menyaksikan seramai 10.98 juta individu yang layak menerima RM50 melalui pengendali e-dompet bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tambahan RM700 juta lagi diperuntukkan untuk pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perusahaan mikro kecil dan sederhana yang merangkumi RM100 juta di bawah Geran Padanan Pendigitalan PKS, RM500 juta menerusi Dana Transformasi Teknologi PKS (permohonan dibuka bulan depan) dan Geran Automasi Pintar  berjumlah RM100 juta,” katanya.

Kerajaan katanya, turut menubuhkan 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti di semua negeri bagi mempermudah akses kepada pembiayaan dan pembangunan kapasiti untuk perniagaan, khususnya PKS dengan peruntukan berjumlah RM70 juta.

“Penggunaan teknologi bukan lagi satu opsyen, tetapi merupakan penyelesaian untuk menampan kesan buruk Covid-19. Masanya sudah tiba dan kita tidak ada peluang kedua,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan tidak abai rawatan kepada pesakit lain
Next: Selesaikan masalah banjir di Kota Belud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.