Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ubah cara bertani, untuk tingkat hasil
  • Utara
  • WILAYAH

Ubah cara bertani, untuk tingkat hasil

Utusan Sarawak 6 months ago

TERIMA KASIH…Datuk Gerawat Gala menerima cenderamata disampaikan Pengerusi JKKK Kampung Puyut Kampung Cina Tie Ching Ming sebagai tanda penghargaan kehadiran.

MARUDI: Pembabitan pihak swasta dan kerjasama warga tani mampu mengubah kaedah pertanian bagi meningkatakan hasil tanaman.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata kerjasama antara Jabatan Pertanian, petani dan pihak swasta adalah satu pendekatan untuk meningkatkan hasil pertanian.

“Jabatan Pertanain memang berupaya dan berkemampuan tetapi mereka juga ada hadnya.

“Sebab itu kita memerlukan penglibatan pihak swasta yang mempunyai pengalaman cara menjaga tanaman dan pemprosesan untuk mendapat hasil pertanian lebih baik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata demikian pada majlis penangguhan Program Transformasi Pertanian dan Taklimat Penggunaan Baja dan Racun secara Efisen dan Selamat di sini.

Katanya, pihak swasta mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pelbagai aspek pertanian.

Sebab itu katanya, kerajaan menggalakkan warga tani supaya bekerjasama dengan swasta, dan jabatan pertanian untuk meningkatkan hasil dalam pertanian.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Poyut, Kampung Cina Marudi dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Marudi itu disertai 58 peserta.

Tiga penceramah dijemput untuk menjayakan program tersebut iaitu Lawrence Qien Guan Ling dari Syarikat Timb Magnesium, Toh Chun Hua dari Syarikat Halex (M) Sdn Bhd dan Dennis Tiong Ing Cheng dari Syarikat Agri Sabah Ferilizer Sdn Bhd.

Program itu bertujuan mempelajari teknik membaja dan meracun tanaman dengan cara lebih berkesan dan efisen serta memastikan tanaman mendapat sumber nutrisi yang cukup.

Turut hadir Pegawai Menguasa Pejabat Pertanian Daerah Marudi, Sema Lait dan Pengerusi JKKK Kampung Puyut Kampung Cina Marudi, Tie Ching Ming.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Tanah gelongsor, penduduk dinasihat berhati-hati
Next: Empat projek RTP di Meradong dilulus, laksanakan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.