Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • UAE sediakan lebih AS$13 juta bantuan kemanusiaan kepada Palestin
  • GLOBAL

UAE sediakan lebih AS$13 juta bantuan kemanusiaan kepada Palestin

Utusan Sarawak 2 years ago
ORANG ramai menghadiri perhimpunan menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza di Bayfront Park di Miami, Florida, semalam. Ribuan rakyat Palestin melarikan diri ke selatan Gaza hari ini untuk mencari perlindungan selepas Israel memberi amaran kepada mereka untuk berpindah sebelum serangan darat terhadap Hamas sebagai tindakan balas terhadap serangan paling maut dalam sejarah Israel. FotoAFP

DUBAI: Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum telah mengarahkan pemberian bantuan kemanusiaan sebanyak AED50 juta (AS$13.6 juta) kepada rakyat Palestin.

Bantuan itu yang disalurkan melalui “Mohammed bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives (MBRGI)” adalah sebahagian daripada dasar UAE untuk menyediakan bantuan dan pertolongan segera kepada penduduk yang memerlukan di seluruh dunia semasa krisis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Israel telah mengabaikan gesaan antarabangsa untuk menghentikan serangan, selain memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, iaitu pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas, telah mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak. – Bernama – WAM

Continue Reading

Previous: 11 wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel
Next: Southgate tetap pilih Henderson

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.