Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT, isteri santuni golongan memerlukan
  • TEMPATAN

TYT, isteri santuni golongan memerlukan

Utusan Sarawak 7 months ago

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghulurkan sumbangan kepada kanak-kanak. Foto UKAS

KUCHING: Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini menyantuni 150 orang golongan memerlukan sempena sambutan Hari Lahir ke-78 Yang di-Pertua Negeri.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), 150 orang yang menerima sumbangan itu adalah daripada pelbagai institusi kebajikan di sekitar Kuching.

Antaranya termasuk Institusi Taman Seri Puteri Kuching, Asrama Akhlak (Perempuan) Kuching, Sekolah Tunas Bakti Kuching, Desa Bina Diri Kuching, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching, Rumah Seri Kenangan Kuching dan juga penerima-penerima bantuan bulanan.

Penyerahan sumbangan itu diadakan pada Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Hari Lahir itu yang diadakan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Pada majlis sama, para tetamu disajikan dengan video khas mengenai latar belakang kehidupan yang dikongsikan oleh Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sendiri dan disusuli upacara memotong pulut kuning.

Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dari Kumpulan Kasuma Tari dan persembahan nyanyian penyanyi-penyanyi terkenal Sarawak seperti Firdaus Materang, Bob Yusuf dan Nur Hijrah Yahya.

Continue Reading

Previous: Sarawak kukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri perikanan
Next: Pastikan pendaratan ikan di Tanjung Bako, bukan jeti persendirian – LKIM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.