Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT, isteri nikmati canai goreng di Kapit
  • TEMPATAN

TYT, isteri nikmati canai goreng di Kapit

Utusan Sarawak 5 months ago

TYT bersama isteri beramah mesra dengan orang ramai di Gelanggang Kenyalang, Kapit, pagi tadi. Foto ihsan Astana Negeri Sarawak

KAPIT: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, memulakan hari mereka dengan sarapan di Gelanggang Kenyalang, Kapit, pagi tadi.

Keberangkatan mereka diiringi oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar.

Setibanya di lokasi, mereka disambut oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama isterinya, Datin Angelina Celestine Ujang, serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang & Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat dan isteri, Datin Nancy Kuyor.

Tetamu kenamaan itu menikmati hidangan sarapan popular tempatan, Canai Goreng, yang terkenal dengan keenakan rasa dan tekstur unik, menjadikannya pilihan sarapan yang ideal.

Sebelum beredar, Wan Junaidi dan isteri sempat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para pengunjung lain yang turut menikmati sarapan di Gelanggang Kenyalang.

Continue Reading

Previous: Warga emas dijangka meningkat kepada 3 juta menjelang 2028
Next: Carina Sarawak Energy dilancar, orang ramai boleh buat aduan terus melalui FB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.