Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TV Sarawak peluang kepada generasi muda
  • TEMPATAN

TV Sarawak peluang kepada generasi muda

Utusan Sarawak 5 years ago
  • HILLARY HENRY
  • ROSLIN NIYAK

MIRI: Stesen televisyen tempatan, TV Sarawak yang bakal beroperasi pada penghujung tahun ini diharapkan mampu membangunkan industri media hiburan dan kreatif di negeri ini, terutama kepada penerbit rancangan dan syarikat produksi tempatan.

Penjawat awam, Hillary Henry berkata, kewujudan TV tempatan ini akan memberi peluang kepada anak Sarawak bagi menonjolkan bakat dan daya kreativiti mereka dalam penghasilan produksi untuk tatapan umum.

“Walau bagaimanapun, pengisian program hendaklah menjurus kepada mempromosikan karya bahasa, tradisi dan budaya masyarakat Sarawak yang berbilang kaum selain mempromosikan destinasi pelancongan di Sarawak,” katanya.

Manakala, pelajar, Roslin Niyak, berharap bahan atau rancangan yang diterbitkan di stesen tv tempatan itu memenuhi cita rasa penonton.

“Diharapkan, apa-apa rancangan yang disiarkan di TV Sarawak itu ini   menepati selera penonton,” katanya.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam ucapan sempena sambutan Hari Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini,berkata Sarawak bakal memiliki stesen tv sendiri, TV Sarawak menjelang akhir tahun ini.

Katanya, jika berjalan lancar, TV Sarawak akan memulakan percubaan teknikalnya kerana Sarawak diberi lesen 10 tahun oleh Kementerian Multimedia dan Komunikasi untuk mengendalikan stesen televisyen berpusat di Kuching.

Menurutnya, stesen televisyen itu dikenalikan oleh syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) Sarawak iaitu Sarawak Media Group (SMG).

“SMG akan menguruskan stesen televisyen itu dan menyediakan perkhidmatan penyiaran sebagai saluran bebas ke udara, penerbitan dalam talian dan perkhidmatan penyediaan maklumat,” katanya.

Sehubungan itu, Abang Johari mahu semua pemain industri kreatif tempatan di negeri ini, merebut peluang itu, selepas TV Sarawak beroperasi sepenuhnya kelak. 

“Insya-Allah, dalam waktu terdekat ini, kita akan dapat menyediakan platform untuk peminat industri kreatif kita, mempamerkan dan hasil karya mereka.

“Jika semua berjalan lancar, TV Sarawak akan memulakan percubaan teknikalnya pada hujung tahun,” katanya.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Dibuka kepada orang awam
Next: Kaut untung lebih RM8,000 sehari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.