Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Turun padang dengar denyut nadi rakyat
  • TEMPATAN

Turun padang dengar denyut nadi rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSAMA RAKYAT… Gira merakam kenangan bersama semua Ketua Kaum penerima baju korporat dan sijil pelantikan di Rumah Watson Lasu, Pelugau.

SELANGAU: Amalan turun padang oleh pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilakukan secara berterusan dan bukan bermusim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang berkata, ia bertujuan untuk mendengar denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi.

“Melalui program seumpama ini, saya berpeluang mendampingi rakyat, mendapatkan perkembangan dan maklum balas untuk tindakan.

“Saya turut menemui pemimpin-pemimpin akar umbi untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung keperluan rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Program Bersama Rakyat di Rumah Watson Lasu, Pelugau, baru-baru ini.

Pada program tersebut, Gira telah menyerahkan baju korporat kepada seramai 97 Ketua Kaum bagi kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lemai.

Selain itu, Gira turut mengadakan program bersantai bersama di Rumah Langgie, Pelugau dan program Ngiling Bidai di Robeca Anoi, Bawang Kemena.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Negara, Senator Rita Insor, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Edwin Banta, wakil Pejabat Daerah Selangau, Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan penduduk setempat.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Isu banjir di Kampung Tabahan dapat perhatian
Next: Abang Jo tidak beri air ‘lior jak’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.