Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir penghormatan terakhir kepada mendiang James Ritchie
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir penghormatan terakhir kepada mendiang James Ritchie

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGHORMATAN TERAKHIR… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang James Ritchie di Dewan Serbaguna Gereja St. Thomas. Fot UKAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini menzahirkan penghormatan terakhir kepada wartawan veteran, mendiang James Ritchie di Dewan Serbaguna Gereja St. Thomas.

TUN Wan Junaidi meluangkan sekitar 20 minit memberikan penghormatan terakhir. Foto UKAS

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan isteri sekitar 10.05 pagi tadi disambut oleh balu mendiang serta anaknya, dalam suasana penuh sayu namun sarat dengan penghargaan terhadap jasa besar yang telah ditaburkan oleh mendiang sepanjang hayatnya.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meluangkan sekitar 20 minit memberikan penghormatan terakhir, sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan mendiang terhadap dunia kewartawanan dan pembangunan naratif sejarah negeri ini.

RAKAM KENANGAN… Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah merakam kenangan bersama keluarga mendiang James Ritchie. Foto UKAS

Mendiang James Ritchie bukan sekadar seorang wartawan, tetapi juga seorang sejarawan tidak rasmi yang memainkan peranan penting dalam merakam dan mendokumentasikan sejarah serta budaya Bumi Kenyalang.

Dedikasi beliau terhadap penulisan mengenai masyarakat peribumi, tokoh-tokoh tempatan dan pembangunan negeri menjadikan beliau antara figura penting dalam landskap kewartawanan dan naratif sejarah Sarawak.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak pada Sabtu lalu, meninggalkan legasi kewartawanan yang sukar dicari ganti.

Mendiang akan disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Bau, hari ini. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBHT disaran perkasa peranan lahirkan generasi berdaya saing
Next: Media pemacu kefahaman awam terhadap isu pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.