Sumbangan mesin jahit perkasa kemahiran pelatih PPDK Daro

Facebook
WhatsApp
AHMAD JOHNIE meluangkan masa meninjau fasiliti PPDK Daro serta melihat sendiri kemudahan dan ruang aktiviti yang disediakan bagi menyokong pembelajaran, latihan kemahiran dan perkembangan para pelatih. Foto Facebook Parlimen P207 Igan

DARO: Sumbangan mesin jahit kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daro diharap dapat memperkukuh latihan kemahiran menjahit dan aktiviti kraf tangan dalam kalangan pelatih.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, kemudahan berkenaan dapat dimanfaatkan bagi membantu pelatih mengembangkan bakat, kemahiran serta potensi diri.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Mesin Jahit kepada PPDK Daro, semalam.

RAKAM KENANGAN… Ahmad Johnie bergambar kenangan bersama yang lain pada majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Mesin Jahit kepada PPDK Daro, semalam. Foto Facebook Parlimen P207 Igan

Ahmad Johnie turut meluangkan masa meninjau fasiliti PPDK Daro serta melihat sendiri kemudahan dan ruang aktiviti yang disediakan bagi menyokong pembelajaran, latihan kemahiran dan perkembangan para pelatih.

Kreativiti dan bakat seni para pelatih PPDK Daro turut terserlah menerusi pelbagai hasil kraf tangan yang cantik, kemas dan dihasilkan dengan penuh ketelitian, sekali gus mencerminkan kemahiran serta potensi yang dimiliki oleh mereka.

Oleh Akun Giman

Lelaki hilang lapan hari ditemui selamat

PADAWAN, 15 Oktober: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Kampung Emperoh Jambu, Padawan, sejak 7 Oktober lalu

DUN: Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak

PETRA JAYA, 15 Oktober: Penubuhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Sarawak dicadangkan sebagai platform rasmi untuk golongan muda menyuarakan pandangan