Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah raikan tetamu pada hari kedua Syawal
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah raikan tetamu pada hari kedua Syawal

Utusan Sarawak 2 months ago

PETRA JAYA: Sambutan hari kedua Syawal di Astana Negeri Sarawak berterusan meriah apabila Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, menerima kunjungan keluarga, rakan-rakan, serta kenalan rapat, hari ini.

Majlis ramah tamah yang berlangsung dalam suasana penuh keakraban itu mencerminkan semangat kekeluargaan dan silaturahim yang erat. Keberkatan Aidilfitri jelas dirasai dengan kehadiran tetamu yang disambut mesra oleh Tun Wan Junaidi, dan Toh Puan Fauziah.

Para tetamu tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra serta merakamkan gambar kenangan bersama pasangan kenamaan itu. Sambutan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan persaudaraan tetapi turut menonjolkan nilai tradisi dan budaya masyarakat Islam yang harus dipelihara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari pelbagai latar belakang, yang mengambil kesempatan untuk bertemu dan berinteraksi dalam suasana yang harmoni.

Majlis ramah tamah yang berlangsung sehingga 3.00 petang ini, merupakan platform terbaik untuk terus mengukuhkan hubungan persahabatan serta kekeluargaan, khususnya dalam bulan Syawal yang mulia ini.

Sejurus selesai majlis ramah-tamah di Astana Negeri, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meneruskan kunjungan ke rumah terbuka Hari Raya Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di kediamannya di Jalan Astana.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM450 juta tingkat bekalan elektrik, jaringan telekomunikasi luar bandar
Next: Rumah Terbuka Aidilfitri Premier tarik 24,353 pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.