Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi zahir ucapan tahniah kepada Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi zahir ucapan tahniah kepada Premier Sarawak

Utusan Sarawak 7 months ago
FotoASTANA NEGERI SARAWAK

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi manzahirkan ucapan tahniah kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di atas penganugerahan darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima”.

Darjah kebesaran tertinggi itu dikurniakan bersempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-71 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah, semalam.

Menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai tanda sokongan Sabah terhadap inisiatif Premier, Tun Wan Junaidi berharap pengiktirafan tersebut akan menjadi pemangkin buat anak-anak Sarawak untuk meneruskan usaha membangunkan negeri.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di atas penganugerahan darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima” sempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-71 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

“Saya dan isteri berdoa agar anugerah berupaya menjadi pemangkin kepada rakyat Sarawak kerana pemimpin ulung mereka mendapat penghargaan dan pengiktirafan negeri jiran tetanga dan rakyat terus berusaha memberi sokongan kepada pembangunan Sarawak yang tercinta di bawah ke pimpinannya,” kata beliau.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ibu mentua Menteri Kerja Raya meninggal dunia
Next: TYT, Premier beri penghormatan terakhir kepada mendiang ibu mertua Menteri Kerja Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.