Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Chantal Moser
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Chantal Moser

Utusan Sarawak 2 months ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima cenderamata daripada Chantal Moser. Turut menyaksikan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Fenny Nuli.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Switzerland ke Malaysia, Chantal Moser di Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri.

Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang serta memperkukuh hubungan erat antara Switzerland dan Sarawak, khususnya dalam bidang ekonomi, kebajikan, serta perjanjian perlindungan.

Ini merupakan kunjungan hormat pertama Chantal kepada Tun Wan Junaidi sejak beliau dilantik sebagai Duta Besar Switzerland ke Malaysia pada Januari lalu.

Menurut Chantal, lawatan kerja lima hari bermula kelmarin, 22 Mac ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluas hubungan ekonomi, dan diplomatik antara Switzerland dan Sarawak.

Chantal turut menyatakan minatnya untuk memahami visi pembangunan Sarawak serta hala tuju Malaysia dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 1,053 tan metrik kelapa tua bernilai RM2.42 juta diimport FAMA setakat 23 Mac
Next: Peruntuk RM200 juta bina stesen SWASLA di Lundu, Bintulu, Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.