SKS 2026 bawa 158 perkhidmatan terus kepada rakyat Betong

Facebook
WhatsApp
PROGRAM SARAWAKKU SAYANG…Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Betong akan berlangsung di Kompleks Sukan Betong pada 25 hingga 27 September ini. Foto UKAS

BETONG: Sebanyak 158 perkhidmatan daripada 48 agensi kerajaan bakal dihimpunkan menerusi Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Betong yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong selama tiga hari bermula 25 September ini.

Penganjuran itu membolehkan masyarakat setempat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan, maklumat dan khidmat nasihat secara langsung di satu lokasi tanpa perlu berurusan secara berasingan dengan agensi berkaitan.

Antara tumpuan utama ialah penerangan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), termasuk syarat kelayakan, kaedah permohonan dan penyaluran bantuan menerusi SPay Global.

Maklumat mengenai Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) turut disediakan khususnya kepada pelajar dan ibu bapa, meliputi institusi serta bidang pengajian yang terlibat, selain syarat kelayakan.

Bagi golongan belia dan pencari kerja, JobSarawak pula menyediakan maklumat mengenai peluang pekerjaan, padanan pekerjaan dan pembangunan kerjaya.

Program itu turut menawarkan perkhidmatan berkaitan kesihatan, termasuk saringan kesihatan dan kecergasan, pameran kesihatan, vaksinasi influenza untuk warga emas serta perkhidmatan bergerak bagi saringan kesihatan pergigian.

Selain perkhidmatan kerajaan, SKS Betong turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti riadah dan kekeluargaan seperti Betong Berekot, Ngohet Sikai, sukan rakyat, aktiviti kanak-kanak, Malam Budaya serta Konsert Rakyat.

Pengunjung juga berpeluang menyertai e-Peraduan yang menawarkan lebih 90 hadiah, termasuk sebuah Perodua Bezza sebagai hadiah utama.

Majlis perasmian SKS 2026 Bahagian Betong dijadual disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 26 September, jam 10.30 pagi.

Betong merupakan lokasi ketujuh daripada 12 bahagian dalam siri jelajah SKS 2026 sebelum program diteruskan ke Mukah sebagai lokasi terakhir bagi Zon Tengah dan seterusnya memasuki Zon Selatan, bermula di Sri Aman.

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai