
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat di Masjid Darus Salam, Kampung Matang Batu 10.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh penduduk kampung dan pimpinan komuniti tempatan, yang mengambil peluang untuk beramah mesra dengan beliau.
Kehadiran beliau disifatkan sebagai satu penghormatan besar serta mencerminkan keprihatinan beliau terhadap masyarakat di peringkat akar umbi.
Mengiringi Tun Wan Junaidi ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Fazzrudin Abdul Rahman.
Turut hadir, Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin; Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Ustaz Ahmad Sukarno Saini; serta Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ustaz Mual Suaud. – UKAS