Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi: Sambutan bukan sekadar penghormatan, tapi kenangan peribadi
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi: Sambutan bukan sekadar penghormatan, tapi kenangan peribadi

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Sempena sambutan Hari Polis ke-218, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas jasa dan pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan negara.

Sambutan ini, menurut Tun Wan Junaidi, bukan sekadar satu penghormatan kepada pasukan keselamatan, tetapi juga membawa kenangan peribadi kerana beliau sendiri pernah berkhidmat dalam PDRM. 

Mengimbau kenangan lalu, Tun Wan Junaidi pernah menyertai pasukan polis pada 1964 sebelum menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH) dari 1968 hingga 1973. 

Dalam tempoh tersebut, Tun Wan Junaidi turut bertugas di Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM), satu zon operasi penting ketika era darurat bagi mengekang ancaman komunis di Sarawak.

“Saya pernah berada di barisan hadapan sebagai anggota Polis Hutan, bertugas dalam keadaan penuh cabaran dan risiko demi memastikan negeri dan negara kita bebas daripada ancaman keselamatan. 

Mereka yang pernah berkhidmat dalam PPH dan RASCOM tahu betapa besarnya pengorbanan yang perlu dilakukan, meninggalkan keluarga dan menghadapi pelbagai ancaman demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tun Wan Junaidi turut menekankan bahawa keamanan negara adalah hasil usaha berterusan PDRM dan memerlukan sokongan padu daripada masyarakat, sejajar dengan tema sambutan tahun ini, “Polis dan Masyarakat: Keselamatan Bersama.”

“Setiap anggota polis, sama ada yang bertugas di bandar, di sempadan, mahupun di pedalaman, memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara. 

Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyokong dan menghargai jasa mereka.

“Kepada seluruh warga PDRM, terutama mereka yang masih bertugas di lapangan, saya ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan. 

“Negara ini berhutang budi kepada anda. Selamat Menyambut Hari Polis ke-218,” ujar Tun Wan Junaidi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Agong: Hargai sumbangan anggota, pesara
Next: Fadillah: Pengorbanan anggota polis harus disyukuri, dihargai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.