Tun Wan Junaidi dan keluarga luangkan masa di Old Rex Cucur Udang Cafe

Facebook
WhatsApp
TUN Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah meluangkan masa menikmati sarapan pagi bersama keluarga di Old Rex Cucur Udang Cafe, Jalan Nanas, di sini hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa menikmati sarapan pagi bersama keluarga di Old Rex Cucur Udang Cafe, Jalan Nanas, di sini hari ini.

Turut serta dalam sesi santai bersama keluarga itu ialah anak mereka, Sharifah Fariah, serta cucu tersayang, Athena.

TUN Wan Junaidi menyantuni orang ramai di Old Rex Cucur Udang Cafe, Jalan Nanas, di sini hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Dalam suasana yang mesra dan sederhana, Tun Wan Junaidi turut berkesempatan bertemu dengan kenalan lama, antaranya Ahmad Ebon, Datuk Mazlan Bugo, dan Joseph Yong.

Beberapa pengunjung turut mengambil peluang untuk bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.

TUN Wan Junaidi merakamkan gambar kenang-kenangan bersama orang ramai di Old Rex Cucur Udang Cafe, Jalan Nanas, di sini hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Laksa Sarawak dan mi goreng kekal menjadi pilihan utama hidangan keluarga Tun Wan Junaidi.

Meskipun sudah agak lama tidak berkunjung, keenakan dan keaslian hidangan di premis tersebut masih kekal seperti dahulu ujar beliau.

Tun Wan Junaidi turut berharap agar hujung minggu dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Sarawak untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dalam suasana penuh kasih sayang dan harmoni.