KENANGAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama rombongan Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan
Gawai Dayak 2022 merakam gambar bersama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semasa kunjungan hormat di
Demak Jaya, semalam.
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan Gawai Dayak 2022 di Demak Jaya, semalam.
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan Gawai tersebut.
Kunjungan hormat tersebut diadakan bertujuan untuk menjemput serta memohon perkenan kehadiran Tun Taib dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib ke majlis tersebut.
Majlis Sambutan Gawai Dayak 2022 dijadualkan akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 25 Jun yang akan datang.
Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Menteri di Jabatan Premier, Datuk John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pengangkutan I Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi I Datuk Liwan Lagang serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.