Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Taib hadiri majlis sambutan Ma’al Hijrah
  • TEMPATAN

Tun Taib hadiri majlis sambutan Ma’al Hijrah

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN…Tun Taib menyampaikan replika cek kepada Ustaz Akhir Ahmad.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib telah menghadiri Majlis Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah Sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1442H yang diadakan di Masjid Al-Abyad, Matang Jaya di sini, semalam.

Majlis yang dihadiri seramai 600 orang itu dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri, Sahibul Fadhillah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi kemudian diikuti oleh bacaan doa akhir tahun dan solat fardu Maghrib berjemaah.

Sejurus selepas itu disambung dengan bacaan doa awal tahun serta tazkirah Ma’al Hijrah yang disampaikan oleh Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin.

Pada majlis yang sama, Ketua Menteri Sarawak,  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut menyampaikan amanat.

Dalam amanatnya, beliau menyeru supaya umat Islam di Sarawak agar terus diperkasakan untuk melahirkan generasi islami dan golongan mudanya dapat bergelar Ulul Albab atau dalam kata lain generasi yang dinamik, berdaya saing, berdaya maju dan penuh nilai-nilai keunggulan.

Selain itu, Tun Taib turut menyampaikan sumbangan dana daripada Kerajaan Sarawak untuk menaik taraf Masjid Al-Abyad berjumlah RM 915 ribu kepada Pengerusi Masjid, Ustaz Akhir Ahmad.

Kemudiannya, tetamu kenamaan serta jemputan yang hadir menunaikan solat fardhu Isya‘.

Turut hadir ialah Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri dan Menteri Muda Utiliti Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta tetamu kehormat yang lain.

Continue Reading

Previous: Penguang bantu baiki rumah penduduk
Next: Lapan rakyat Sarawak selamat pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.