Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Taib beri sumbangan kepada barisan hadapan
  • TEMPATAN

Tun Taib beri sumbangan kepada barisan hadapan

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYERAHAN SUMBANGAN…Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan cek sumbangan kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Dev Kumar. • Foto PENERANGAN

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyampaikan sumbangan kepada 32 agensi barisan hadapan yang terlibat dalam memerangi wabak Covid-19 di Sarawak.

Setiap agensi menerima RM5, 000, penyampaian sumbangan itu diadakan bersempena dengan Resepsi Jamuan Teh sebagai sebahagian daripada acara untuk menandakan sambutan ulang tahun ke-84 Tun Pehin Sri di sebuah hotel terkemuka, semalam.

Agensi yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan, Agensi Penguatkuasaan Negeri dan Persekutuan, Jabatan Negeri, Jabatan Penyiaran, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

Sementara itu, para tetamu termasuk Toh Puan Datuk Patinggi  Raghad Kurdi Taib dan dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti tarian dan lagu kontemporari dan tradisional.

Terdahulu, Tun Pehin Sri Taib dan Toh Puan Raghad serta tetamu kenamaan lain telah dijemput untuk memotong kek sempena Sambutan Ulangtahun ke-84.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing serta isteri Puan Sri Datin Amar Corrine Masing, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Persekutuan dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nasar, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Profesor Dr. Sim Kui Hian serta Datin Sri Enn Ong Siok Ean, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian dan Menteri  Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan tetamu kehormat yang lain.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Pentadbiran harus diubah ikut keperluan semasa
Next: Kapit kini semakin ‘menarik’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.