Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tular aksi berbahaya, penunggang motosikal dicekup
  • JENAYAH

Tular aksi berbahaya, penunggang motosikal dicekup

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITAHAN… Suspek ditahan selepas disyaki melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Jalan Miri-Bypass.

MIRI: Tindakan berani seorang lelaki berusia 21 tahun melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal membawa padah apabila rakaman videonya yang tular di media sosial membawa kepada penahanannya oleh pihak polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata suspek ditahan sekitar jam 9.15 malam di Jalan Senadin, di sini.

“Tangkapan dibuat susulan penularan video berdurasi tujuh saat yang memaparkan suspek melakukan aksi berbahaya dengan motosikal di Jalan Miri-Bypass,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam aksi tersebut turut dirampas oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000, penjara sehingga lima tahun serta penggantungan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan melombong bijih besi secara haram
Next: Penganggur didakwa edar lebih 20 kilogram syabu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.