Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tujuh maut, 17 cedera dalam insiden letupan di selatan China
  • GLOBAL

Tujuh maut, 17 cedera dalam insiden letupan di selatan China

Utusan Sarawak 2 hours ago

LETUPAN di Daerah Xing’an, Guangxi, China meragut tujuh nyawa dan mencederakan 17 yang lain. Foto AGENSI

NANNING: Tujuh maut manakala 17 yang lain cedera dalam insiden letupan di Daerah Xing’an, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China pada awal pagi Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Setakat 6.00 petang Khamis, tujuh mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di Daerah Xing’an dan berada dalam keadaan stabil. Seramai 10 lagi telah dipindahkan ke bandar Guilin di Guangxi, termasuk lima yang cedera parah dan lima lagi cedera ringan, dengan kesemuanya turut berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

Lebih 300 anggota daripada lebih 50 kumpulan kerja telah dikerahkan bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh di zon letupan dan kawasan sekitarnya bagi mengesan mangsa serta menilai kerosakan harta benda.

Pemeriksaan awal mendapati bekalan air, gas dan perkhidmatan komunikasi berfungsi seperti biasa. Talian elektrik mengalami kerosakan, dengan bekalan elektrik sementara disediakan dan kerja pembaikan sedang dijalankan. Keselamatan bangunan turut sedang dinilai, manakala semua penduduk telah dipindahkan.

Pihak berkuasa telah mendirikan 40 khemah bagi menempatkan penduduk terjejas, selain mengatur penginapan sementara di hotel berhampiran.

Punca kejadian masih dalam siasatan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Puteri Thailand mangkat pada usia 47 tahun selepas tiga tahun dirawat di hospital
Next: Bekas Presiden Yoon dihukum penjara 30 tahun bagi kes pencerobohan dron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.