Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tujuh keluarga mangsa kebakaran terima bantuan
  • TEMPATAN

Tujuh keluarga mangsa kebakaran terima bantuan

Utusan Sarawak 4 months ago
JAWAB SOALAN… Kelvin Yii Lee Wuen jawab soalan daripada media. Turut kelihatan Violet Yong.

KUCHING: Kebakaran melibatkan tujuh rumah di Lorong Sim Kheng Hong 2, Kenyalang Park pada 13 Januari lalu mendapat perhatian daripada Parti Tindakan Demokrasi (DAP).

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen berkata, sumbangan tersebut untuk membantu meringankan mangsa yang terlibat.

Beliau turut menzahirkan rasa simpati di atas kejadian yang menimpa mangsa kebakaran kerana mereka yang berbangsa Cina akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

KEADAAN terkini salah sebuah rumah daripada tujuh rumah yang musnah terbakar di Lorong Sim Kheng Hong 2, Kenyalang Park pada 13 Januari lalu.

Beliau turut difahamkan kediaman milik mangsa kebanyakkannya tidak memiliki insurans yang membolehkan mereka mendapatkan bantuan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa rumah kebakaran di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan pihaknya akan membantu dari segi dokumentasi dan permohonan dengan pihak bomba termasuk pihak berkuasa bagi membantu mereka yang terkesan.

Tujuh mangsa kebakaran masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM5,000 dan barang keperluan perayaan TBC.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong.
Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Chong mohon polis gesa siasat kes langgar lari anjing liar
Next: Karya Allahyarham Hasbie Sulaiman langkah penting kekalkan adat resam, warisan budaya Melayu Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.