Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tujuh kelab Liga-M lengkapkan dokumentasi lesen AFC, Kebangsaan – FIB
  • SUKAN

Tujuh kelab Liga-M lengkapkan dokumentasi lesen AFC, Kebangsaan – FIB

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGERUSI First Instance Body (FIB) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.

KUALA LUMPUR: Tujuh kelab telah melengkapkan penyerahan dokumen bagi permohonan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Kebangsaan setakat tarikh akhir yang telah ditetapkan, iaitu semalam.

Kelab-kelab tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Selangor FC, Sabah FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, dan Negeri Sembilan FC.

Pengerusi First Instance Body (FIB) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata proses penyerahan dokumen bagi beberapa kelab lain telah diterima dan disemak, namun terdapat keperluan lanjutan masa bagi melengkapkan keperluan dokumentasi seperti ditetapkan di bawah kriteria pelesenan.

“Selain daripada itu, pemohon Lesen Kebangsaan ialah Imigresen FC, Kuala Lumpur City FC, Melaka FC, PDRM FC dan Kelantan The Real Warriors FC. Namun begitu, terdapat beberapa kelab telah memohon lanjutan masa bagi melengkapkan dokumentasi pelesenan masing-masing, ” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Bagi permohonan Liga Bolasepak Amatur (AFL) Liga A1 di bawah Lesen Kebangsaan Luar Biasa (Extraordinary), Sheikh Mohd Nasir berkata empat kelab telah memohonnya, iaitu Armed Forces FC, Bunga Raya FC, Kelantan Red Warrior FC dan UM Damansara United FC.  

Katanya bagaimanapun terdapat juga beberapa kelab daripada pemohon Lesen Kebangsaan Luar Biasa memohon lanjutan masa bagi melengkapkan dokumentasi pelesenan.

“Oleh yang demikian, FIB bersetuju untuk menetapkan 14 Mei 2026 sebagai tarikh akhir penyerahan dokumen bagi kitaran 2025-2026 untuk melengkapkan dokumentasi pelesenan bagi kelab yang masih belum lengkap.

“Untuk makluman, DPMM FC ialah kelab asing dari Brunei Darussalam yang mengambil bahagian dalam Liga Malaysia secara jemputan. Sehubungan itu, kelab berkenaan tidak tertakluk kepada keperluan untuk memohon Lesen Kebangsaan memandangkan statusnya sebagai pasukan jemputan,” katanya. 

Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa FIB untuk keputusan pelesenan akan ditangguhkan kepada 20 Mei ini dan sekiranya terdapat sebarang proses rayuan, Mesyuarat Jawatankuasa Appeal Body (AB) akan diladakan pada 29 Mei. 

Katanya selepas keseluruhan proses penilaian dan rayuan selesai, MFL akan mengemukakan senarai akhir kelab yang telah diberikan Lesen AFC dan Lesen Kebangsaan kepada pihak AFC pada 31 Mei.

“Pihak FIB akan melaksanakan proses penilaian terhadap semua permohonan secara telus dan berlandaskan kriteria pelesenan yang telah ditetapkan.

“Sebarang keputusan berkaitan status pelesenan kelab akan dimaklumkan selepas proses penilaian dan mesyuarat keputusan selesai dilaksanakan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sukma 2026 diteruskan dengan pendekatan lebih sederhana
Next: Piala Uber: Rexy Mainaky yakin skuad negara mampu bersinar pada edisi akan datang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.