Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tujuh JKKK di Sibu terima peruntukan khas
  • Tengah
  • WILAYAH

Tujuh JKKK di Sibu terima peruntukan khas

Utusan Sarawak 1 month ago
MANFAATKAN PERUNTUKAN… Kevin Lau (tengah) bergambar bersama para penerima peruntukan khas di Ibu Pejabat SUPP, Jalan Kampung Datu, semalam.

SIBU: Tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Bawang Assan menerima peruntukan khas pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Jalan Kampung Datu semalam.

Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau telah menyerahkan peruntukan khas, mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Tujuh JKKK yang menerima peruntukan tersebut ialah JKKK Bukit Igu, JKKK Sungai Sadit Kanan, JKKK Sungai Sadit Kiri, JKKK Sungai Dasin Ensurai, JKKK Kawasan Sungai Parah, JKKK Bandar Sibu dan JKKK Jalan Quarry.

Pada majlis tersebut, Lau dalam ucapannya menggesa JKKK agar menggunakan peruntukan tersebut dengan sebaiknya, dengan menganjurkan aktiviti berskala kecil atau membantu penduduk menyelesaikan sebarang isu yang dihadapi.

“Saya amat berterima kasih atas sokongan daripada para pemimpin masyarakat dan berkhidmat untuk Bawang Assan adalah keutamaan saya,” katanya.

Beliau menambah, JKKK merupakan jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat, yang harus bekerjasama dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan serta maklumat bermanfaat.

“Mereka harus membantu golongan memerlukan dalam memohon bantuan kebajikan dan perkhidmatan lain dalam komuniti,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM musnah tebuan bersarang atas siling rumah
Next: Ramah tamah Aidilfitri perkukuh semangat perayaan, kebersamaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.